Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Carilah Apa Saja Di eBay


Kali ini seri hendak kongsikan sedikit pengalaman selama enam bulan berurusan dengan para pembeli di eBay.


Token Gold Certificate One Thousand Lines Yang Amat Sukar Diperolehi

Tapi sebelum itu kita haruslah tahu apa itu eBay. eBay sebenarnya adalah sebuah laman web yang sangat populer di dunia alam maya. Menjalankan perniagaan secara online dalam bidang lelongan/pembelian barangan.

Apa saja yang anda inginkan, dari yang berjenama hinggalah barangan antik. Tapi tidak kurang juga barangan palsu terutama dari negeri tanah besar Cina, Hong Kong dan Singapura terutama melibatkan perdagangan duit syiling lama.


Dua Keping Duit Syiling Palsu Seri Beli Dari Tanah Besar China Tapi Penghantaran Dibuat Di Singapura.

Untuk membeli atau menjual anda cuma perlukan 3 akaun:
1. Akaun eBay
2. Akaun Paypal
3. Kad Kredit

Untuk berurusan di eBay anda haruslah bersedia berhadapan dengan beberapa masalah terutama penghantaran lewat mengikut masa yang ditetapkan, barangan palsu, barangan tidak mengikut spesifikasi, barangan rusak, barangan hilang dalam penghantaran.

Seri dengar banyak kes yang melibatkan perkara diatas dimana para pembeli gagal mendapatkan refund samada dari penjual, eBay atau Paypal. Seri sendiri pun kurang pasti kenapa perkara tersebut terjadi sedangkan pihak eBay dan Paypal ada menyediakan Buyer Protection Plan yang bertujuan melindungi kepentingan para pembeli.

Seri sendiri mengalami 6 kes yang melibatkan 2 syiling palsu, 3 kes tidak mengikut spesifikasi dan 3 kes barangan tidak sampai. 2 kes seri selesaikan langsung dengan penjualnya, 2 kes seri buka di eBay dan 2 kes seri buat di Paypal (urusan yang melebihi 60 hari dari tarikh jualbeli tidak boleh dibuat di eBay). Alhamdulillah semuanya memihak kepada seri.

Yang penting kita mesti kool, tidak boleh melebihi fakta kes. Setiap lapuran yang kita buat serta email2 yang kita hantar kepada penjual akan dijadikan asas oleh pihak eBay atau Paypal untuk menimbang tuntutan kita terhadap penjual.


8 Pandangan:

Staff Administrator Mei 25, 2013  

Thank you for making this interesting article. I'm happy to visit here :)

Tanpa Nama,  Mei 26, 2013  

thanks for you share it

kakrose Mei 27, 2013  

kerap juga meninjau2 ebay tapi belum ada keberanian..takut tertipu..

Tanpa Nama,  Mei 30, 2013  

Ya terimakasih atas informasinya

aku dan tawarikh Jun 16, 2013  

terima kasih untuk perkongsian ini.. takut jgak sebenarnya nak beli online nih

Tanpa Nama,  Jun 18, 2013  

Mau coba belitapi takut barangnya rusak atau palsu... makasih infonya kawan :)

Unknown Jun 18, 2013  

Setakat ni ebay dan paypal tak pernah mengecewakan CK lg. CK mmg konfiden bli kat ebay. kalau penjual buat hal open dispute (bukak kes) dan kita akan dpt wang kita kembali. selalunya kebnykan penipu ni adalah penjual dr china yg menjual brg2 murah. bg kita, alah takpe, 3-4 ringgit jer...tp bg dia, kalau 100 org kena! tak ke naya tu. Anyway, perlu juga berhati2 shopping kat alam maya ni :)

Tanpa Nama,  April 06, 2014  

takut palsu ini,hehe

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger