Salam seri untuk SKMM,
Bertanya kabar penuh ikhlas;
Ingin bertanya pada SKMM,
Haraplah tuan boleh balas.
Pergi kali kail sepat,
Di masak kari, kari pekat;
Mana istilah kebebasan internet,
Bila laman banyk disekat.
Cantik sungguh jari kecil,
Batu merah berikat suasa;
Tapi seri amat musykhil,
Laman XXX masih berleluasa.
Jangan makan gaji buta,
Tak malu pada majikan;
Kenapa SKMM tutup mata,
Mungkin kot selalu menonton.
Buat mereka yang dah kena,
Jangan gelabah jangan risau;
Ini seri ada sedia,
Buat teman yang sudi menunggu.
Sekapur pinang sehelai sireh,
Hanya itu pengerasnya;
Bukan jampi bukan serapah,
Inilah dia segala penawarnya.
Ubat bukan sebarang ubat,
Ubat dari langit ketujuh;
Hanya guna pada yang disekat,
Ingat padah jangan berlebih.
Pandai-pandailah guna URL yang kat bawah tu. Kalau tak cukup cari sendiri kat internet, berlambak kat sana.
Free Anonymous Web Proxy
http://www.kproxy.com/
http://vectroproxy.com/
http://zend2.com/
http://anonymouse.org/
http://hidemyass.com/
http://www.browser9.com/
http://www.surfagain.com/
http://www.gofreeanonymousproxy.co.in/
http://www.unblocktupac.com/
15 Pandangan:
thanks seri...leh guna gak ni nanti...
Skmm senyap jerr, dh ramai yg komplen ttg isu ni...
pandai sungguh seri berpantun
hehehe
Wah siap ada pantun utk skmm. Huhuhu
hahaha..pandai betul seri..terkena batang idung skmm tu..asyik nak sekat je kan..kenapa x sekat sekali laman2 web lucah bagai tu..
SERI...AYIE MEMANG SETUJU JIKA LAMAN2 WEB YG MEMBAWA PERPECAHAN RAKYAT DI SEKAT KERANA LAMAN2 SEPERTI INI UMPAMA API DLM SEKAM...MERBAHAYA...MUDAH MEREBAK.
saya nak sambung...
dari hujung sabah ke hujung perlis...
ade yang mengamuk, ade yang menangis...
bila download tak sempat habis..
akhir bulan bayar bil berlapis-lapis...
ehhh... pantun ke syair??
boleh lar...
Rujuk entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/06/isu-panasss-skmm-arahkan-isp-malaysia.html
nice..
satu set pantun tuu, hikk...
nak tambah satu
anak kapal dalam limbungan
nakhoda tidur dalam perahu
pintar akal buat bandingan
jangan tuan buat tak tahu
Assalamualaikum.
mcm sekat yg politik je.. yg lucah bermaharaja lawak...hihi
ps: maaf Seri lama menyepi, Pakwi sibuk menyambut org baru...
hahhahaha...lawaks
nice pantun for SKMM.
wa wa sedap baca pantun seri.cam ne teknik mudah nak karang pantun..org muo tercari-cari link komen x nampak..warna font link komen hampir sama dgn b'ground..kot org muo dah buta warna he he
pandai berpantun :)
laman lucah taknak sekat,
nampak sgt taknak kemahuan mereka terbantut...tet...hehe
Kreatif nya buat pantun, huhu
teruskan ye :)
Catat Ulasan