Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "M"


Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "M"


1. Mabuk di enggang lalu.
Maknanya: Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

2. Mabuk kerana beruk berayun.
Maknanya: Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna.

3. Macam anak dara tak datang tunangnya.
Maknanya: Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.

4. Macam betung seruas.
Maknanya: Terlalu jujur; lurus hati.

5. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.
Maknanya: Orang bodoh yang banyak bualnya.Maknanya:

6. Macam kepiting jalan.
Maknanya: Orang yang berjalan miring.

7. Macam kera kelaparan.
Maknanya: Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.

8. Macam kikir besi.
Maknanya: Orang kaya yang bakhil.

9. Macam memegang tali layang-layang.
Maknanya: Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.

10. Macam orang biduk.
Maknanya: Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

11. Macam terambil di nan kurang.
Maknanya: Berdukacita tanpa sesuatu sebab.

12. Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.
Maknanya: Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).

13. Macam ular kekenyangan.
Maknanya: Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.

14. Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga.
Maknanya: Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga.

15. Mahal dibeli sukar dicari.
Maknanya: Sesuatu yang amat susah diperoleh.

16. Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.
Maknanya: Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.

17. Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. Maknanya: Sesuatu yang amat susah diperoleh.

18. Main air basah, main api letur, main pisau luka.
Maknanya: Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.

19. Main akal (budi).
Maknanya: Mengenakan tipu daya.

20. Main badar, main gerundang.
Maknanya: Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa.

21. Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang (majlis - bersih; merdesa - orang pemilih makanan).
Maknanya: Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya.

22. Makan bersabitkan.
Maknanya: Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.

23. Makan bubur panas-panas.
Maknanya: Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

24. Makan di luar berak di dalam.
Maknanya: Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.

25. Makan hati, berulam jantung.
Maknanya: Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

26. Makan keringat orang.
Maknanya: Mengecap kesenangan dengan jalan memeras orang lain.

27. Makan masak mentah.
Maknanya: Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

28. Makan nasi kawah.
Maknanya: Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.

29. Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.
Maknanya: Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

30. Makan upas berulam racun (upas - racun.
Maknanya: Senantiasa hidup dalam kesusahan.

31. Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.
Maknanya: Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

32. Makin banyak orang, makin banyak niat.
Maknanya: Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.

33. Makin murah, makin menawar.
Maknanya: Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

34. Maksud bagai maksud manau.
Maknanya: Maksud yang melebihi kesanggupan.

35. Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Maknanya: Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.

36. Malam berselimut embun, siang bertudung awan. Maknanya: Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

37. Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
Maknanya: Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang.

38. Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.
Maknanya: Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

39. Malang tak berbau.
Maknanya: Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

40. Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. Maknanya: Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.

41. Malang tiada datang tunggal.
Maknanya: Malang yang bertimpa-timpa.

42. Malas bergarit, perut perit (garit - gerak, perit - pedih).
Maknanya: Malas berusaha tentulah kelaparan.

43. Malu berani, mati takut.
Maknanya: Pengecut.

44. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (berkayuh) perahu hanyut.
Maknanya: Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

45. Malu, kalau anak harimau menjadi anak kambing. Maknanya: Maknanya: Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.

46. Malu makan, perut lapar.
Maknanya: Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

47. Mamah dulu kemudian telan.
Maknanya: Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.

48. Mana ada buluh tidak berbuku?
Maknanya: Tak ada sesuatu yang sempurna benar.

49. Mana busuk yang tidak berbau?
Maknanya: Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.

50. Mana kerbau yang bencikan kubangnya?
Maknanya: Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.

51. Mana sungai yang tiada berhulu?
Maknanya: Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?

52. Mana tali berpunca tak berhujung?
Maknanya: Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

53. Manis udang, maka ketam direbus tak merah?
Maknanya: Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

54 . Mandi dalam cupak.
Maknanya: Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah.

55. Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam.
Maknanya: Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.

56. Mandi tak basah.
Maknanya: Orang yang keras hati; terlalu rindu.

57. Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.
Maknanya: Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

58. Manikam sudah menjadi sekam.
Maknanya: Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi.

59. Manis bagai gula Jawa.
Maknanya: Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

60. Manis laksana gula Sarawak.
Maknanya: Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

61. Manis seperti (laksana) gula derawa (gula derawa - air gula).
Maknanya: Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya.

62. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.
Maknanya: Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya.

63. Manusia tahan kias, binatang tahan palu.
Maknanya: Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.

64. Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya.
Maknanya: Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

65. Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.
Maknanya: Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.

66. Mara jangan dipikat (dipukat), rezeki jangan ditolak. Maknanya: Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

67. Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.
Maknanya: Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.

68. Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan. Maknanya: Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula.

69. Marahkan tikus rengkiang dibakar.
Maknanya: Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.

70. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.
Maknanya: Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar.

71. Masak di luar mentah di dalam.
Maknanya: Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat.

72. Masak durian, masak manggis.
Maknanya: Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

73. Masak malam mentah pagi (siang).
Maknanya: Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

74. Masam bagai nikah tak suka (masam - merengus, bersut).
Maknanya: Berdukacita.

75. Masih berbau pupuk jerangau.
Maknanya: Belum ada pengalaman.

76 . Masin lagilah garam sendiri.
Maknanya: Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.

77. Masuk ambung tak masuk bilang.
Maknanya: Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

78. Masuk bagai (sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (sebesar) lubang tabuh.
Maknanya: Besar belanja daripada penghasilan.

79. Masuk di dalam kawan gajah berdering (berdering - bunyi genta).
Maknanya: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

80. Masuk geronggang bawa pelita (geronggang - rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap).
Maknanya: Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli.

81. Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.
Maknanya: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

82. Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.
Maknanya: Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

83. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.
Maknanya: Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.

84. Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.
Maknanya: Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan.

85. Masuk langau ke mulutnya.
Maknanya: Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga.

86. Masuk lima keluar sepuluh.
Maknanya: Besar belanja daripada penghasilan.

87. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.
Maknanya: Besar belanja daripada penghasilan.

88. Masuk sarang harimau.
Maknanya: Termasuk ke dalam bahaya besar.

89. Masuk tak genap, keluar tak ganjil.
Maknanya: Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.

90. Masuk tiga, keluar empat.
Maknanya: Besar belanja daripada penghasilan.

91. Mat di bawah dagu. mat (emat) - kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.
Maknanya: Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata.

92. Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta (membuta - tidur).
Maknanya: Terlalu lekas masuk ke tempat tidur.

93. Mata kejam, bantal membuat ragam.
Maknanya: Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah.

94. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.
Maknanya: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

95. Mata satu pertemuan, mata dua perceraian.
Maknanya: Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.

96. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya.
Maknanya: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

97. Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.
Maknanya: Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.

98. Mata tidur, bantal berjaga.
Maknanya: Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah.

99. Matahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya.
Maknanya: Pemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.

100. Matahari tengah gerhana.
Maknanya: Berwajah muram kerana dukacita.

101. Mati anak berkalang bapak, mati bapak berkalang anak (kalang - galang).
Maknanya: Anak dan bapa wajib tolong-menolong.

102. Mati ayam mati tungaunya.
Maknanya: Bila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita.

103. Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.
Maknanya: Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

104. Mati berkapan cindai.
Maknanya: Mati dalam kemegahan.

105. Mati dicatuk katak.
Maknanya: Orang kuat dialahkan oleh orang yang lemah.

106. Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati. Maknanya: Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.

107. Mati enau tinggal di rimba.
Maknanya: Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.

108. Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.
Maknanya: Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.

109. Mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya.
Maknanya: Tahu membuat pekerjaan yang jahat hendaklah tahu menyembunyikannya pula.

110. Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi (sahaya - hamba).
Maknanya: Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan.

111. Mati kuang kerana bunyi.
Maknanya: Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya.

112. Mati puyuh hendakkan ekor.
Maknanya: Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.

113. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi. Maknanya: Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya.

114. Mati rusa kerana tanduknya.
Maknanya: Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya.

115. Mati semut kerana gula (manisan).
Maknanya: Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan.

116. Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk.
Maknanya: Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat.

117. Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul (niat).
Maknanya: Hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Tuhan.

118. Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya.
Maknanya: Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat.

119. Mati-mati berdakwat biar hitam.
Maknanya: Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

120. Mati-mati berminyak biar licin.
Maknanya: Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

121. Mati-mati mandi biar basah.
Maknanya: Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

122. Maukah (mahukah) orang menghujankan garamnya?
Maknanya: Tidak ada orang yang mahu menghina kaum keluarganya sendiri.

123. Mayang menolak seludang.
Maknanya: Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.

124. Mayat sudah di tepi kubur.
Maknanya: Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah.

125. Melabuh-labuh bagai buntal ditiup (terangkat-angkat).
Maknanya: Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji.

126. Melakak kucing di dapur (melakak - memukul).
Maknanya: Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

127. Melangkah kaki kanan.
Maknanya: Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

128. Melangkahi ular.
Maknanya: Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.

129. Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar (lanting - lempar, lonjak, lompat).
Maknanya: Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran.

130. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan.
Maknanya: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya).

131. Melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia (ancak-ancak - tidak pedulikan baik buruknya).
Maknanya: Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat.

132. Melekatkan kersik ke buluh (kersik - pasir kasar, batu kerikil halus-halus).
Maknanya: Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia.

133. Melentur biarlah waktu rebung.
Maknanya: Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.

134. Melentur dahan dek meluyut buahnya (meluyut - melentur ke bawah).
Maknanya: Kesusahan keluarga yang banyak anaknya.

135. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.
Maknanya: Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.

136. Melepaskan peluru petunang (peluru petunang - peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya).
Maknanya: Mengeluarkan kata-kata yang tepat.

137. Meletakkan (melekatkan) api di bubungan (di bumbung).
Maknanya: Sengaja mencari bahaya.

138. Meletup di sana, di sini bunyinya.
Maknanya: Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.

139. Melihat bayang-bayangnya di air.
Maknanya: Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

140. Melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu. Maknanya: Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

141. Melilit dulu kemudian memanjat.
Maknanya: Perbaikilah diri sendiri dulu sebelum melakukan sesuatu usaha yang lebih besar.

142. Melonjak badar, melonjak gerundang.
Maknanya: Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa.

143. Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.
Maknanya: Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.

144. Meludah ke langit, muka juga yang basah.
Maknanya: Melawan atau membantahi orang yang berkuasa, akhirnya diri sendiri juga yang susah.

145 . Melukah ikan dalam panai (panai - kolam kecil biasanya di depan perkarangan).
Maknanya: Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

146. Memagar diri bagai aur.
Maknanya: Hanya memikirkan diri sendiri saja.

147. Memagar kelapa (kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang.
Maknanya: Kita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya.

148. Memahat di dalam baris, berkata dalam pusaka. Maknanya: Mengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.

149. Memakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti.(sesarkan dalam peribahasa ini maksudnya gantikan).
Maknanya: Keturunan yang tiada putus-putus.

150. Memakai kulit harimau.
Maknanya: Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang.

151. Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.
Maknanya: Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya.

152. Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo (pelo - ubi).
Maknanya: Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal.

153. Memakuk dengan punggung lading (memakuk - menetak).
Maknanya: Sangat menyakiti hati orang.

154. Memancing dalam belanga.
Maknanya: Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri.

155. Memancing di air keruh.
Maknanya: Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan.

156. Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.
Maknanya: Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.

157. Memandikan itik.
Maknanya: Pengetahuan yang baik tidak berguna kepada orang yang tidak menghendakinya.

158. Memanjat bersengkelit (sengkelit - tali yang diikatkan pada kedua belah kaki untuk memudahkan memanjat pohon yang tinggi).
Maknanya: Belum berpengalaman.

159. Memanjat dedap.
Maknanya: Melakukan perbuatan secara nekad.

160. Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.
Maknanya: Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

161. Memanjat terkena seruda (seruda - duri-duri yang dipasang di bawah pohon).
Maknanya: Usaha yang mendapat rintangan.

162. Memasang pelita tengah hari.
Maknanya: Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.

163. Memasukkan (mengenakan, menjalankan) jarum halusnya.
Maknanya: Mengenakan tipu daya.

164. Memasukkan minyak tanah.
Maknanya: Menghasut.

165. Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan.
Maknanya: Jangan mengharapkan sangat sesuatu yang susah diperoleh.

166. Membalik-balik kaji.
Maknanya: Membangkit-bangkit perkara yang telah lama.

167. Membalik-balik mayat di kubur.
Maknanya: Menyebut-nyebut nama orang yang telah meninggal.

168. Membandarkan air ke bukit (membandarkan - mengalirkan).
Maknanya: Pekerjaan yang sia-sia.

169. Membangkit-bangkit batang terendam.
Maknanya: Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang.

170. Membasahkan garam sendiri.
Maknanya: Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat.

171. Membasuh muka dengan air liur.
Maknanya: Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

172. Membasuh najis dengan mala.
Maknanya: Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.

173. Membasuhkan arang yang terconteng di muka. Maknanya: Membersihkan diri daripada malu.

174. Membawa perut ke rumah orang.
Maknanya: Selalu bertandang makan ke rumah orang.

175. Membawakan cupak ke negeri orang.
Maknanya: Memakai adat-istiadat sendiri di negeri orang.

176. Membebek kambing lari ke hutan, menyalak anjing lari ke kota.
Maknanya: Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

177. Membekali budak lari.
Maknanya: Dua kali merugi.

178. Membeli kerbau di padang.
Maknanya: Membuat pekerjaan dalam keadaan terburu-buru tanpa usul periksa lebih dulu.

179. Membeli kucing dalam karung.
Maknanya: Membeli sesuatu dengan tidak melihat barangnya.

180. Memberakkan periuk nasi sendiri.
Maknanya: Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.

181. Memberi barang kepada kera.
Maknanya: Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

182. Memberi bunga kepada kera (monyet).
Maknanya: Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya.

183. Memberi garam kepada laut.
Maknanya: Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya.

184. Memberi lauk kepada orang membantai (membantai - memotong, menyembelih).
Maknanya: Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya.

185. Memberi makan anjing di tembikar, memberi makan gajah dengan alatnya.
Maknanya: Tiap-tiap perbuatan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.

186. Membesarkan kerak nasi.
Maknanya: Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

187. Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh. Maknanya: Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi.

188. Membuang bunga ke jirat.
Maknanya: Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia.

189. Membuang garam ke laut.
Maknanya: Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya.

190. Membuangkan nasinya yang tersaji di lutut.
Maknanya: Meninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah.

191. Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji.
Maknanya: Hanya mementingkan dirinya saja, tanpa menghiraukan orang lain.

192. Membuat diam-diam lepu.
Maknanya: Berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat.

193. Membuat mahu menuras tidak (menuras - menapis).
Maknanya: Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut.

194. Membuat tergigit (tercabut) lidah.
Maknanya: Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

195. Membuat titian berakuk.
Maknanya: Memperkenakan tipu muslihat untuk mencelakakan orang.

196. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.
Maknanya: Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya.

197. Membulang ayam indarus rancak kokok (rancak kokok - merdu bunyi kokoknya).
Maknanya: Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut.

198. Membungkus tulang dengan daun talas.
Maknanya: Menyembunyikan rahsia dengan kurang hati-hati.

199. Memecah damar atau pagu (damar - kemiri; pagu - loteng).
Maknanya: Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup.

200. Memecah tuba.
Maknanya: Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

201. Memegang besi panas (hangat).
Maknanya: Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya).

202. Memegang erat, menggenggam teguh.
Maknanya: Pendirian yang tetap.

203. Memelihara gajah putih.
Maknanya: Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.

204. Memelihara penyengat dalam baju.
Maknanya: Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.

205. Memepas dalam belanga.
Maknanya: Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri.

206. Memerah kain basah orang.
Maknanya: Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah.

207. Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.
Maknanya: Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.

208. Memetik lidah tak bertulang.
Maknanya: Bercakap lebih mudah daripada membuatnya.

209. Memijakkan betung sebelah.
Maknanya: Pendidikan yang berat sebelah.

210. Memikat balam dengan balam.
Maknanya: Mencari wang dengan wang.

211. Memikul di bahu, menjunjung di kepala.
Maknanya: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya.

212. Memilih sangat, terpilih buku.
Maknanya: Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk.

213. Memilih tebu dapat teberau.(teberau - gelagah) Maknanya: Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk.

214. Memimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh.
Maknanya: Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.

215. Meminta kepada yang ada.
Maknanya: Meminta sesuatu yang difikirkan mungkin.

216. Meminta rotan yang sekerat.
Maknanya: Hendak berpisah daripada kaum kerabat, kerana berkecil hati.

217. Memperagakan duri sebatang kepada landak (memperagakan - menunjukkan).
Maknanya: Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya.

218. Mempercocok-daunkan orang.
Maknanya: Bermuafakat dengan diam-diam untuk menipu orang.

219. Memperdekatkan rabuk dengan api.
Maknanya: Memberi perangsang kepada sesuatu hal yang kurang baik, misalnya tentang pergaulan bebas.

220. Memperhujankan (menghujani) garam sendiri. Maknanya: Menghina kaum keluarganya sendiri.

221. Memperjuali orang Cina penjahit.
Maknanya: Mengajar orang yang telah pandai.

222. Memperlapang kandang musang, mempersempitkan kandang ayam.
Maknanya: Sengaja memberi kesempatan kepada orang yang bermaksud jahat.

223. Memperlihatkan kurus tidak berbaju.
Maknanya: Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

224. Memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling.
Maknanya: Menunjukkan kemiskinan diri kepada orang lain.

225. Mempertajam sanding (sanding - penjuru atau siri yang tajam).
Maknanya: Perselisihan yang dibesar-besarkan.

226. Mempertinggi semangat anjing.
Maknanya: Memperbaiki nama orang jahat, akhirnya rugi dan sia-sia saja.

227. Mempertinggi tempat (bekas) jatuh, memperdalam tempat (bekas) kena.
Maknanya: Menambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja, sehingga kerugian (hukuman) menjadi bertambah berat.

228. Memukul kucing di dapur.
Maknanya: Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

229. Menabur bijan ke tasik.
Maknanya: Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

230. Menabur (menanam) biji di atas batu.
Maknanya: Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.

231. Menabur benih di tanah yang subur.
Maknanya: Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

232. Menabur bunga di atas kubur.
Maknanya: Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia.

233. Menahan jerat di tempat genting.
Maknanya: Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan.

234. Menahan (memasang) lukah di penggentingan. Maknanya: Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita.

235. Menaikkan bendar sondai (sondai - miring, landai).
Maknanya: Pekerjaan yang sia-sia.

236. Menakik darah di batu (di alu).
Maknanya: Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya).

237. Menamai anak dalam kandungan.
Maknanya: Melakukan sesuatu yang sia-sia.

238. Menambak gunung, menggarami laut.
Maknanya: Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya.

239. Menampalkan kersik ke buluh.
Maknanya: Memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya.

240. Menanam mumbang.
Maknanya: Melakukan sesuatu yang sia-sia.

241. Menanduk dengan papar (papar - rata).
Maknanya: Kekerasan yang pura-pura.

242. Menangguk dalam air keruh.
Maknanya: Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan.

243. Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air (bangun-bangun dan ilir-air - sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya).
Maknanya: Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya.

244. Menangiskan gajah berusung.
Maknanya: Kasihan yang tidak pada tempatnya.

245. Menanti laki pulang maling.
Maknanya: Tidak tenteram, selalu waswas.

246. Menantikan ara tak bergetah.
Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

247. Menantikan buah rumbia masak.
Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

248. Menantikan kuaran bertelur.
Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

249. Menantikan kucing bertanduk.
Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

250. Menantikan nasi disajikan di mulut.
Maknanya: Orang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan.

251. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung.
Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

252. Menari (merentak) di ladang orang.
Maknanya: Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.

253. Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit.
Maknanya: Tidak mahu mengaku akan kebodohan sendiri.

254. Menarik pangkur ke dada (pangkur - pacul).
Maknanya: Insaf akan diri sendiri.

255. Menarik rambut di dalam tepung.
Maknanya: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

256. Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar (menatang - membawa di tapak tangan, menating).
Maknanya: Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar.

257. Menating minyak penuh.
Maknanya: Diperlakukan dengan sangat hati-hati.

258. Mencabik baju di dada.
Maknanya: Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.

259. Mencabik mudah, menjahit susah.
Maknanya: Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah.

260. Mencabut dari limbahan.
Maknanya: Membela (menutup) malu salah seorang kaum keluarga yang telah buruk namanya.

261. Mencampakkan batu keluar.
Maknanya: Lebih suka berbuat baik kepada orang lain daripada kepada keluarga sendiri.

262. Mencari-cari beban.
Maknanya: Suka mencampuri urusan orang lain.

263. Mencari jejak dalam air.
Maknanya: Pekerjaan yang sukar dan sia-sia.

264. Mencari kutu dalam ijuk.
Maknanya: Pekerjaan yang sukar dan sia-sia.

265. Mencari lantai terjungkat (terjungkit).
Maknanya: Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

266. Mencari nasi di negeri orang.
Maknanya: Mencari rezeki.

267. Mencari penjahit dalam rumput.
Maknanya: Pekerjaan yang mustahil.

268. Mencari umbut dalam batu.
Maknanya: Pekerjaan yang sukar dan sia-sia.

269. Mencari yang sehasta sejengkal.
Maknanya: Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

270. Mencarikan perut tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup.
Maknanya: Mencari penghidupan.

271. Mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung.
Maknanya: Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya lebih dulu.

272. Mencencang lauk tengah halat.(halat - perjamuan) Maknanya: Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak.

273. Mencencang memampas, membunuh membangun.
Maknanya: Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal.

274. Mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun.
Maknanya: Melukai orang tidak didenda, membunuh orang tidak dihukum.

275. Mencencangkan lading patah.
Maknanya: Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali.

276. Mencencangkan sesuatu lading yang hilang.
Maknanya: Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali.

277. Mencit seekor penggada seratus (penggada - pemukul, cokmar).
Maknanya: Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat.

278. Mencongak (mendongak) rupa kerbau jantan kemudian.
Maknanya: Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya.

279. Mencucup benak orang.
Maknanya: Mengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat.

280. Mencukur kepala.
Maknanya: Perbuatan yang memalukan kaum keluarga.

281. Mencungkil kuman dengan alu.
Maknanya: Pekerjaan yang sukar dan sia-sia.

282. Mencurah air di daun keladi.
Maknanya: Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

283. Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu.
Maknanya: Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.

284. Mendapat badar tertimbakan.
Maknanya: Mendapat untung dengan tidak disengajakan.

285. Mendapat cabai rawit.
Maknanya: Mendapat celaan keras.

286. Mendapat kopi keras (pahit).
Maknanya: Kena marah.

287. Mendapat panjang hidung.
Maknanya: Mendapat malu.

288. Mendapat pisang terkubak.
Maknanya: Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah.

289. Mendapat sama berlaba, merugi sama kehilangan.
Maknanya: Hidup yang seia-sekata.

290. Mendapati tanah tersirah (tanah tersirah - tanah kuburan yang merah).
Maknanya: Berlaku kematian.

291. Mendebik (menepuk) mata parang (pedang). Maknanya: Menentang orang yang berkuasa.

292. Mendengarkan cakap enggang.
Maknanya: Mendengarkan pujukan musuh.

293. Mendengarkan (harapkan) guruh di langit, air tempayan dicurahkan ( ditumpahkan).
Maknanya: Mengharapkan barang sesuatu yang belum tentu, barang yang telah ada dibuangkan.

294. Mendirikan (menegakkan) benang basah. Maknanya: Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil.

295. Mendukung biawak hidup.
Maknanya: Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri; mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati.

296. Menebas buluh serumpun (seperdu).
Maknanya: Merosakkan nama kaum kerabat.

297. Menegakkan juek-juek sesudah menyabit (juek-juek - tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung).
Maknanya: Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.

298. Menegakkan sumpit tak berisi.
Maknanya: Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil.

299. Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa.
Maknanya: Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).

300. Menengadah (menentang) matahari.
Maknanya: Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal.

301. Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai (layas - bilah tempat meletakkan atap).
Maknanya: Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu.

302. Menengah tulang punggung (bubungan).
Maknanya: Mahal tidak, murah pun tidak.

303. Menepak nyamuk menjadi daki.
Maknanya: Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah.

304. Menepuk (mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga.
Maknanya: Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

305. Menepung tiada berberas.
Maknanya: Banyak cakap, tiada buktinya, berbuat sesuatu tanpa alat syaratnya.

306. Menerima panjang tangan, menghulur sekali belum.
Maknanya: Orang yang hanya mahu menerima saja, tetapi tidak mahu memberi.

307. Menerka ayam di dalam telur.
Maknanya: Melakukan sesuatu yang sia-sia.

308. Menetak dengan belakang parang.
Maknanya: Menyuruh orang malas bekerja.

309. Mengadu air dengan garam.
Maknanya: Suami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya.

310. Mengadu buku jari (buku lima).
Maknanya: Berkelahi dengan menggunakan tinju.

311. Mengadu buku lidah.
Maknanya: Bertengkar.

312. Mengadu kucing dengan babi.
Maknanya: Bermain ceki dengan bertaruh wang.

313. Mengadu hujung jarum (penjahit).
Maknanya: Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.

314. Mengail berumpan, berkata bertipuan (bertipuan - bermuslihat).
Maknanya: Harus pandai mempersenangkan hati orang, kalau kita menghendaki sesuatu daripada orang itu.

315. Mengail yu dapat setoka (setoka - pari kecil).
Maknanya: Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh.

316. Mengairi sawah orang.
Maknanya: Memberi keuntungan kepada orang.

317. Mengais dulu maka mencocok.
Maknanya: Bekerja dulu baru diperoleh yang akan dimakan.

318. Mengais hendaklah berkuku.
Maknanya: Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).

319. Mengajar anak harimau.
Maknanya: Mengajar anak yang lekas pandai.

320. Mengajar buaya berenang.
Maknanya: Mengajar orang yang telah pandai.

321. Mengajar limau berduri.
Maknanya: Mengajar orang yang telah pandai.

322. Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.
Maknanya: Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.

323. Mengalangkan batang leher (alang - lintang, tahan).
Maknanya: Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang.

324. Mengalih kain di balik rumah, mengalih kata berdepan.
Maknanya: Memungkiri janji secara mendadak.

325. Mengambil bungkalan kurang.
Maknanya: Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

326. Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang.
Maknanya: Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik.

327. Mengambil puntung pemukul kepala.
Maknanya: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

328. Menganga baru meludah.
Maknanya: Fikirkan masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas.

329. Menganjungkan diri bagai sepasin.
Maknanya: Meninggikan diri.

330. Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya?
Maknanya: Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

331. Mengasah parang timah.
Maknanya: Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.

332. Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.
Maknanya: Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.

333. Mengaut laba dengan siku.
Maknanya: Selalu hendak beroleh untung banyak saja.

334. Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati.
Maknanya: Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya.

335. Mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang.
Maknanya: Pendirian yang tetap.

336. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.
Maknanya: Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap.

337. Mengejar (mengejan) tuah, najis keluar.
Maknanya: Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya.

338. Mengekor mencit.
Maknanya: Modal yang makin susut.

339. Mengeluarkan kunci hati.
Maknanya: Menyatakan pendirian yang tak dapat diubah lagi.

340. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya. Maknanya: Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan.

341. Mengembangkan ketiak amis.
Maknanya: Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain.

342. Mengenakan baju di badan maka sesuai.
Maknanya: Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri.

343. Mengenalkan diri bagai pisang lebat.
Maknanya: Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

344. Mengendap di balik lalang sehelai.
Maknanya: Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang.

345. Mengepit induk ayam.
Maknanya: Mengemukakan orang yang penakut di dalam perundingan.

346. Mengepit kepala harimau.
Maknanya: Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang.

347. Mengerami telur orang.
Maknanya: Mengahwini perempuan yang sudah mengandung.

348. Mengereng-ereng bagai sangkal makan (ereng - miring; sangkal - mata bajak).
Marah yang amat sangat.

349. Maknanya: Menggalangkan leher minta disembelih.
Maknanya: Sengaja mencari bahaya.

350. Menggali lubang, menutup lubang.
Maknanya: Berhutang untuk membayar hutang.

351. Menggali paya menimbun bukit.
Maknanya: Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin.

352. Menggali tanah yang lekuk.
Maknanya: Kerja yang bukan tempatnya.

353. Menggantang anak ayam.
Maknanya: Melakukan pekerjaan yang sia-sia.

354. Menggantang asap, mengukir langit.
Maknanya: Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

355. Menggantikan lapik.
Maknanya: Memperisteri bekas isteri saudaranya.

356. Menggantungkan kain kotor di muka pintu. Maknanya: Perbuatan yang pandir, yang memberi malu diri sendiri.

357. Menggaru luka lama.
Maknanya: Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

358. Menggedangkan anak harimau (gedang [gadang] - besar).
Maknanya: Memelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri.

359. Menggeleber seperti bibir pasu (geleber - bergantung mengelepai, gelambir).
Maknanya: Bibir mulut yang bengkak dan terkulai.

360. Menggeletik-geletik bagai ulat nangka (cempedak).
Maknanya: Sangat gelisah.

361. Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk. Maknanya: Sangat gelisah.

362. Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit (gelinjang - mendompak-dompak; berulit - tidur bersama-sama).
Maknanya: Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya.

363. Menggenggam erat, membuhul mati.
Maknanya: Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya.

364. Menggerekkan tutur kata ke telinga.
Maknanya: Selalu memberi nasihat.

365. Menggerenyut-gerenyut bagai kambing berulit. Maknanya: Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya.

366. Menggeriak bagai anak nangui (geriak - berkerumun banyak-banyak).
Maknanya: Banyak sekali.

367. Menggerutus macam buluh di perun (gerutus - bagai bunyi dibakar; perun - bakar).
Maknanya: Berkata-kata dengan cepat.

368. Menggetil puncak kedal orang (getil - mencubit; kedal - kudis).
Maknanya: Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan.

369. Menggigit jari (telunjuk).
Maknanya: Kecewa.

370. Menggolek batang terguling.
Maknanya: Mengerjakan pekerjaan yang mudah.

371. Mengagungkan gung pesuk.
Maknanya: Membanggakan kekayaan yang telah lalu.

372. Menggunting dalam lipatan.
Maknanya: Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

373. Menghadapi jambar seorang-seorang (jambar - hidangan).
Maknanya: Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain.

374. Menghadapkan bedil pulang.
Maknanya: Mencelakakan kaum keluarga sendiri.

375. Menghambat kerbau melabuh (melabuh - beranak).
Maknanya: Menegahkan sesuatu yang akan mendatangkan keuntungan atau kesenangan kepada diri sendiri.

376. Menghapuskan arang di muka.
Maknanya: Menghilangkan malu; membalas dendam.

377. Menghasta kain sarung.
Maknanya: Pekerjaan yang sia-sia.

378. Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.
Maknanya: Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.

379. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya.
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

380. Menghendaki pucuk alu.
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

381. Menghendaki urat lesung.
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

382. Menghilangkan jejak bagai harimau.
Maknanya: Berbuat sesuatu untuk menutup kesalahan atau perbuatan yang kurang baik.

383. Menghinggut bagai itik pulang petang.
Maknanya: Berjalan beriring-iring sangat lambat.

384. Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar.
Maknanya: Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

385. Mengikat tidak bertali.
Maknanya: Tidak mengurus isteri, tetapi tidak pula menceraikannya.

386. Mengisi gantang pesuk.
Maknanya: Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.

387. Mengisi perian bobos (bobos - berlubang besar) Maknanya: Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.

388. Mengorek dompet kawan.
Maknanya: Menipu supaya kawan berbelanja.

389. Mengorek lubang ulat.
Maknanya: Sengaja mencari sebab untuk bertengkar.

390. Menguak-nguak bagai hidung gajah.
Maknanya: Bernafas terengah-engah.

391. Menguap-nguap bagai ikan kekeringan. Maknanya: Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

392. Menguap-nguap bagai orang ombak (orang ombak - orang hampir mati).
Maknanya: Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

393. Mengubik (mengelupaskan) kepala kudis orang. Maknanya: Membukakan rahsia orang.

394. Mengukur baju di badan sendiri.
Maknanya: Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri.

395. Mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi (unggis - memakan dengan menggigit berdikit-dikit).
Maknanya: Melawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri.

396. Mengungkit batu di bencah.
Maknanya: Melakukan pekerjaan yang berat dan sukar.

397. Menguningkan kunyit sendiri.
Maknanya: Suka memuji-muji diri sendiri.

398. Mengunyahkan orang bergigi.
Maknanya: Mengajar (memberitahu) orang yang sudah tahu.

399. Mengusik anjing tidur.
Maknanya: Sengaja mencari kesusahan atau bahaya.

400. Mengusir asap, meninggalkan api.
Maknanya: Mencari sesuatu yang kurang penting, meninggalkan yang lebih penting.

401. Mengusut mudah, menyelesaikan susah.
Maknanya: Mencari perselisihan mudah sekali, mendamaikannya susah.

402. Menimbang (mengati) sama berat, mengukur sama panjang.
Maknanya: Hukuman yang tiada berat sebelah.

403. Menimbau boleh, menggala-gala tak tahu (menimbau - menyambung atau menambah supaya panjang, tinggi, lebar dan sebagainya).
Maknanya: Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu.

404. Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.
Maknanya: Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin.

405. Meniup api di atas air.
Maknanya: Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.

406. Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah.
Maknanya: Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna.

407. Menjadi apit lempang cencang galang.
Maknanya: Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

408. Menjadi kambing hitam.
Maknanya: Orang yang dipersalahkan.

409. Menjadi landasan pagi dan petang.
Maknanya: Orang yang hidup memburuh.

410. Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.
Maknanya: Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik.

411. Menjangkau sehabis tangan.
Maknanya: Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati.

412. Menjaring angin.
Maknanya: Perbuatan yang sia-sia belaka.

413. Menjemur bangkai ke atas bukit.
Maknanya: Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.

414. Menjemur sementara hari panas.
Maknanya: Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada.

415. Menjerat leher sendiri.
Maknanya: Membuat pekerjaan yang merugikan (membinasakan) diri sendiri.

416. Menjilat air liur (ludah).
Maknanya: Yang sudah dicela dipuji kembali.

417. Menjilat keluan bagai kerbau.
Maknanya: Kecewa kerana maksudnya tidak tercapai.

418. Menjolok sarang tabuan.
Maknanya: Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya).

419. Menjual bedil kepada lawan.
Maknanya: Perbuatan yang sia-sia.

420. Menjual petai hampa.
Maknanya: Membual; omong kosong.

421. Menjual tangkai cangkul sekah.
Maknanya: Membual; omong kosong.

422. Menjual tangkai pangkur dedap.
Maknanya: Cerita bohong.

423. Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai.
Maknanya: Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.

424. Menjunjung sangkak ayam (sangkak - petarangan, sarang ayam).
Maknanya: Mendapat malu besar.

425. Menohok kawan seriring.
Maknanya: Mencelakakan kawan sendiri.

426. Menohok sepeninggal ciling (ciling - babi hutan).
Maknanya: Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan.

427. Menohokkan lembing ke semak.
Maknanya: Perbuatan yang sia-sia.

428. Menolong orang (kerbau) ditangkap harimau.
Maknanya: Menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

429. Menopang pisang yang tak berbuah.
Maknanya: Usaha yang sia-sia.

430. Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu (mensiang - gelagah; kampil - sumpit yang dibuat daripada daun mensiang).
Maknanya: Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat.

431. Menuangkan air ke laut.
Maknanya: Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya.

432. Menugal rajin menuai segan.
Maknanya: Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

433. Menulis di atas air.
Maknanya: Memberi ajaran yang sia-sia.

434. Menumbuk di lesung, bertanak di periuk.
Maknanya: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya.

435. Menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
Maknanya: Melakukan sesuatu yang menyalahi kebiasaan.

436. Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh.
Maknanya: Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya.

437. Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek. Maknanya: Membuat pekerjaan yang sia-sia.

438. Menuntut piutang lapuk.
Maknanya: Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

439. Menyandang lemang hangat orang.
Maknanya: Menderita kerana akibat perbuatan orang.

440. Menyandang lukah tiga.
Maknanya: Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya.

441. Menyauk kering-kering, membeli habis-habis.
Maknanya: Menyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya.

442. Menyeberangi jambatan emas.
Maknanya: Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

443. Menyeladang bagai panas di padan (menyeladang - merata).
Maknanya: Sama rata tanpa ada kecualinya.

444. Menyelami air dalam tonggak.
Maknanya: Amat sukar menyelami hati manusia.

445. Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah.
Maknanya: Persahabatan yang karib.

446. Menyenduk kuah dalam pengat.
Maknanya: Sia-sia saja; menarik keuntungan daripada orang lain.

447. Menyepitkan lidah ke lantai.
Maknanya: Menahan nafsu atau kehendak.

448. Menyimpan embacang masak.
Maknanya: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

449. Menyinggung mata bisul orang.
Maknanya: Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan.

450. Menyisip keris tak bersarung di pinggang.
Maknanya: Memelihara anak tanpa memberi ilmu pengetahuan akhirnya menyusahkan ibu bapanya juga.

451. Menyisip padi dengan lalang.
Maknanya: Mencampurkan sesuatu yang buruk kepada yang baik, akhirnya yang baik itu jadi binasa.

452. Menyokong padi hendak rebah.
Maknanya: Menolong seseorang lemah yang akan membalas budi orang yang menolongnya.

453. Menyukat belut.
Maknanya: Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.

454. Menyukat penuh sudah.
Maknanya: Sudah habis kesabarannya.

455. Menyurat di atas air.
Maknanya: Memberi ajaran yang sia-sia.

456. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai. Maknanya: Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang.

457. Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.
Maknanya: Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang.

458. Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.
Maknanya: Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya.

459. Meragakan pakaian cantik kepada si buta.
Maknanya: Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.

460. Meragakan suara kepada si pekak.
Maknanya: Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.

461. Meraih pekung ke dada.
Maknanya: Sengaja mencari malu atau becana.

462. Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).
Maknanya: Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.

463. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat.
Maknanya: Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.

464. Merajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut.
Maknanya: Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.

465. Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga.
Maknanya: Marah yang tidak sampai membahayakan.

466. Meramas santan di kuku.
Maknanya: Minta sesuatu kepada orang yang tak punya.

467. Merantau di sudut dapur.
Maknanya: Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh.

468. Merantau ke hujung bendul.
Maknanya: Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh.

469. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan.
Maknanya: Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

470. Merasai asin garam.
Maknanya: Merasai kesusahan dan kesukaran; berpengalaman banyak.

471. Merasuk seperti polong tak berjinjang (merasuk - roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang - pemimpin atau ketua hantu).
Maknanya: Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana.

472. Merawal menulang bukit, cerana menengah kota (merawal - panji-panji).
Maknanya: Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan.

473. Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban. Maknanya: Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat.

474. Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.
Maknanya: Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

475. Merebut merampas, membunuh membangun.
Maknanya: Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal.

476. Merekahkan diri bak buah delima.
Maknanya: Membukakan rahsia diri sendiri.

477. Merenangi laut lepas.
Maknanya: Pergi merantau tanpa tujuan.

478. Merendah terbang biawak.
Maknanya: Perempuan yang memperlihat-lihatkan dirinya kepada lelaki.

479 . Meriba puan kosong.
Maknanya: Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

480. Meruncing tanduk kerbau.
Maknanya: Memberi perangsang kepada seseorang yang memang jahat.

481. Meski ke langit akan menjemur, kalau hari tak panas tak juga kering.
Maknanya: Kalau nasib buruk, betapa pun diusahakan tetap buruk juga.

482. Meski tertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.
Maknanya: Kebenaran yang tak dapat disembunyi-sembunyikan.

483. Minta darah pada dabung.(dabung - berpepat gigi).
Maknanya: Minta bantuan pada orang yang tidak punya.

484. Minta darah pada daing (daing - dendeng).
Maknanya: Minta bantuan pada orang yang tidak punya.

485. Minta dedak kepada orang mengubik.
Maknanya: Minta bantuan pada orang yang tidak punya.

486. Minta pucuk pada alu.
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

487. Minta sisik pada limbat.
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

488. Minta tanduk pada kuda.
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

489. Minta tulang kepada lintah (lidah).
Maknanya: Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.

490. Minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin.
Maknanya: Sangat bersusah hati.

491. Minum cuka pagi hari.
Maknanya: Bermuka masam sepanjang hari.

492. Minyak dengan air adakah (bolehkah) bercampur? Maknanya: Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya).

493. Minyak duyung perendang duyung.
Maknanya: Menghabiskan harta tuannya (ibu bapanya) sendiri.

494. Minyak habis sambal tak enak.
Maknanya: Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

495. Minyak kita juga yang digorengkan.
Maknanya: Berbuat budi atau kebaktian kepada seseorang dengan belanja orang itu sendiri.

496. Misai bertaring bagai penglima, sebulan sekali tak bunuh orang.
Maknanya: Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi penakut.

497. Misai pulang ke bibir.
Maknanya: Kembali ke asalnya.

498. Moncong penuh oleh air, perut berisi batu.
Maknanya: Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

499. Moncong seperti ekor ayam.
Maknanya: Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam.

500. Moncongnya tiada beraweh (aweh - ijuk yang dijadikan penapis).
Maknanya: Berkata dengan semahu-mahunya saja.

501. Muat tebu di haluan, muat halia di buritan.
Maknanya: Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

502. Muda diajun, kikir diperbuat.
Maknanya: Mahu bersukaria, tidak mahu merugi.

503. Mudah bengkok bagai parang timah.
Maknanya: Mudah tersinggung dan berkecil hati.

504. Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.
Maknanya: Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

505. Mudah luka payah sembuhnya.
Maknanya: Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.

506. Mudah terbelingut bagai pisau belik.
Maknanya: Mudah tersinggung dan berkecil hati.

507. Mujur Pak Belalang.
Maknanya: Beruntung secara kebetulan.

508. Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata.
Maknanya: Malang yang tak dapat dielakkan.

509. Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.
Maknanya: Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.

510. Muka bagai ditampal dengan kulit babi.
Maknanya: Tiada tahu malu.

511. Muka berconteng arang.
Maknanya: Mendapat malu.

512. Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.
Maknanya: Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

513. Muka licin, ekor berkedal.
Maknanya: Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.

514. Muka licin ekor penuh berkudis.
Maknanya: Berpura-pura seperti orang kaya, sedangkan hidupnya melarat.

515. Mulut bagai ekor ayam dihembus.
Maknanya: Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam.

516. Mulut bau madu, pantat bawa sengat.
Maknanya: Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.

517. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup.
Maknanya: Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana.

518. Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak.
Maknanya: Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya.

519. Mulut hang lebih daripada gedembai.
Maknanya: Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri.

520. Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.
Maknanya: Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri.

521. Mulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap.
Maknanya: Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu.

522. Mulut manis, hati berkait.
Maknanya: Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya.

523. Mulut manis mematahkan tulang.
Maknanya: Perkataan yang lemah lembut dapat menundukkan hati yang keras.

524. Mulut satu lidah bertopang.
Maknanya: Lain di mulut, lain di hati.

525. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya.
Maknanya: Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana.

526. Mulut tempayan bagaimana menjahitnya.
Maknanya: Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata.

527. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.
Maknanya: Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana.

528. Mulut terlanjur, emas tentangannya.
Maknanya: Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati.

529. Mulut terdorong, emas padahannya.
Maknanya: Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati.

530. Mumbang jatuh (runtuh), kelapa jatuh (runtuh). Maknanya: Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur.

531. Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.
Maknanya: Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

532. Murah di mulut, mahal di timbangan.
Maknanya: Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.

533. Murai berkicau hari siang.
Maknanya: Sesuatu yang sudah terang dan nyata.

534. Murai biasa berkicau.
Maknanya: Ahli dalam lapangannya sendiri.

535. Musang berbulu ayam.
Maknanya: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik.

536. Musang jebat lari tinggal baunya.
Maknanya: Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

537. Musang terjun, lantai terjungkat (terjungkit).
Maknanya: Tanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat.

538. Musim kemarau menghilirkan balok (balak).
Maknanya: Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.

539. Mustahil tak berluluk mengambil cekarau.
Maknanya: Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha.

540. Musuh dalam selimut.
Maknanya: Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

541. Musuh jangan dicari-cari (diadang), bersua jangan dielakkan.
Maknanya: Permusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa.

542. Mutiara jatuh ke limbahan adakah hilang cahayanya?
Maknanya: Merendahkan diri tetapi tidak hilang derajatnya.

543. Mutiara terkalung ke leher babi.
Maknanya: Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya.

544. Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut.
Maknanya: Ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah.


4 Pandangan:

Tanpa Nama,  Mac 29, 2010  

Mana ko rembat suma nih hah?

Tanpa Nama,  Februari 01, 2011  

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

Tanpa Nama,  April 10, 2011  

great blog . i love it n easy for me to study! ;)

-SPM candidate

Unknown September 19, 2014  

SUPERB.....................it is good for me but the greatest if u add picture peribahasa for PT3 students or add peribahasa regarding other starting words like A,B,C n others except M will be more helpfull n usefull for me n others who see your blog.Other than that,tis is usefull for tis time for me n you are great n kind.I hope u will PAY ATTENTION for my small request.thank you...

-PT3 CANDIDATE.

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger