Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Mabuk Kepayang


Nyiur gading puncak mahligai,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu puan.

Limau purut lebat di tangkai,
Selasih kembang dengan uratnya;
Hujan ribut dapat ditangkal,
Hati yang kasih apa ubatnya.

Tikus melata di sawah padi,
Makan padi makan tembikai;
Tulus ikhlas di dalam hati,
Rasa nak mati bertindih bangkai.

Burung terbang menari rotan,
Lalu hinggap di kayu jati;
Tujuh gunung tujuh lautan,
Belum dapat belum berhenti.

Anjing berloncat digaruk kucing,
Sayang selasih tepi telaga;
Tujuh lapis pintu terkancing,
Sebab kasih kubuka juga.

Sungai kelat pangkalan bali,
Ubur-ubur di hujung tanjung;
Siang terlihat malam bermimpi,
Badan yang mana sanggup menanggung.

Pelesit coraknya kelabu,
Nampak apa kelam-kelam;
Sakit sengsara kerana rindu,
Bagai nak mati sehari semalam.

Kelapa muda jatuh di lumpur,
Pohon serentang di pinggir kali;
Terlupa tuan semasa tidur,
Bila terjaga ingat kembali.


7 Pandangan:

Rare and Collectables Februari 11, 2012  

Mabuk Kepayang bukan kepalang
Hati mencari menghitung masa
Ashik nya cinta kasih dan sayang
Kepada Tuhan Alam Semesta :)

septiaji Februari 12, 2012  

mantap nih keren-kerenloh artikelnya mas

EmpayarUtama Februari 12, 2012  

Yang ini tak pernah jumpa

Lina CahNdeso Februari 15, 2012  

Daun sirih buah pinang
Diramu dalam penginangan
Sungguh sedih bila dikenang
Puan nan kukasih diambil orang

===Good post, Guys... I like this one!

Unknown Februari 16, 2012  

rindu untuk beekarya
tapi semangatnya sudah luntur

CRaZy Share Februari 16, 2012  

senggo balik dan absen malam,,, ijin menyimak artikelnya....

hihi

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger