Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Untuk SKMM


Salam seri untuk SKMM,
Bertanya kabar penuh ikhlas;
Ingin bertanya pada SKMM,
Haraplah tuan boleh balas.

Pergi kali kail sepat,
Di masak kari, kari pekat;
Mana istilah kebebasan internet,
Bila laman banyk disekat.

Cantik sungguh jari kecil,
Batu merah berikat suasa;
Tapi seri amat musykhil,
Laman XXX masih berleluasa.

Jangan makan gaji buta,
Tak malu pada majikan;
Kenapa SKMM tutup mata,
Mungkin kot selalu menonton.

Buat mereka yang dah kena,
Jangan gelabah jangan risau;
Ini seri ada sedia,
Buat teman yang sudi menunggu.

Sekapur pinang sehelai sireh,
Hanya itu pengerasnya;
Bukan jampi bukan serapah,
Inilah dia segala penawarnya.

Ubat bukan sebarang ubat,
Ubat dari langit ketujuh;
Hanya guna pada yang disekat,
Ingat padah jangan berlebih.

Pandai-pandailah guna URL yang kat bawah tu. Kalau tak cukup cari sendiri kat internet, berlambak kat sana. Free Anonymous Web Proxy http://www.kproxy.com/ http://vectroproxy.com/ http://zend2.com/ http://anonymouse.org/ http://hidemyass.com/ http://www.browser9.com/ http://www.surfagain.com/ http://www.gofreeanonymousproxy.co.in/ http://www.unblocktupac.com/

15 Pandangan:

Unknown Jun 19, 2011  

thanks seri...leh guna gak ni nanti...

Skmm senyap jerr, dh ramai yg komplen ttg isu ni...

arituarini Jun 19, 2011  

pandai sungguh seri berpantun
hehehe

gnesop Jun 19, 2011  

Wah siap ada pantun utk skmm. Huhuhu

rafina mimi abdullah Jun 19, 2011  

hahaha..pandai betul seri..terkena batang idung skmm tu..asyik nak sekat je kan..kenapa x sekat sekali laman2 web lucah bagai tu..

Ayie Abas Jun 19, 2011  

SERI...AYIE MEMANG SETUJU JIKA LAMAN2 WEB YG MEMBAWA PERPECAHAN RAKYAT DI SEKAT KERANA LAMAN2 SEPERTI INI UMPAMA API DLM SEKAM...MERBAHAYA...MUDAH MEREBAK.

Unknown Jun 19, 2011  

saya nak sambung...

dari hujung sabah ke hujung perlis...
ade yang mengamuk, ade yang menangis...
bila download tak sempat habis..
akhir bulan bayar bil berlapis-lapis...

ehhh... pantun ke syair??
boleh lar...



Rujuk entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/06/isu-panasss-skmm-arahkan-isp-malaysia.html

caliph shuriken Jun 19, 2011  

nice..
satu set pantun tuu, hikk...

tehr Jun 20, 2011  

nak tambah satu

anak kapal dalam limbungan
nakhoda tidur dalam perahu
pintar akal buat bandingan
jangan tuan buat tak tahu

Amri Abd Rani Jun 20, 2011  

Assalamualaikum.

mcm sekat yg politik je.. yg lucah bermaharaja lawak...hihi

ps: maaf Seri lama menyepi, Pakwi sibuk menyambut org baru...

Unknown Jun 20, 2011  

hahhahaha...lawaks

org muo Jun 25, 2011  

wa wa sedap baca pantun seri.cam ne teknik mudah nak karang pantun..org muo tercari-cari link komen x nampak..warna font link komen hampir sama dgn b'ground..kot org muo dah buta warna he he

Niena Muhammad Jun 26, 2011  

pandai berpantun :)

Unknown Jun 26, 2011  

laman lucah taknak sekat,
nampak sgt taknak kemahuan mereka terbantut...tet...hehe

Adam Idris Jun 27, 2011  

Kreatif nya buat pantun, huhu
teruskan ye :)

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger