Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Hati Kasih


Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak saya ternanti-nanti.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga dapat kucari,
Mana nak sama puan seorang.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.

Dari Daik ke Bangkahulu,
Nampak dari Pulau Tiga;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.

Sayang laksamana mati dibunuh,
Mati ditikam datuk menteri;
Tuan umpama minyak yang penuh,
Sedikit tidak tertumpah lagi.

Dulang Palembang dari Jawa,
Penuh sesak berisi kain;
Terbang melayang rasanya jiwa,
Niatku tidak pada yang lain.

Gelama ikan di karang,
Kail mari anak Serani;
Makin lama makin sayang,
Bagai air pasang perbani.

Ada permata di dalam tangan,
Dibungkus dengan kain baldu;
Bila bercinta menyesal jangan,
Adat muda menanggung rindu.

Bunga tanjung kembang tak jadi,
Jatuh berserak di rumpun buluh;
Hamcur hati kerana budi,
Di dalam air badan berpeluh.

Asap api embun berderai,
Patah galah dalam perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kuasa Allah siapa tahu.

Banyak lintah di seberang,
Simpan padi dalam raga;
Berapa cinta dengan sayang,
Bila mati ditinggal juga.



15 Pandangan:

Fokus kita April 01, 2012  

mantapp sob..
izin nyimak ya. . :)

thomas April 03, 2012  

terasa manis di bibir lepas baca

Koding April 04, 2012  

Pantun melayu klasik...
yang akan luput dek zaman...

loveheaven07 April 06, 2012  

izin membaca puisi bagusnya ya,meninggalkan jejak disini,selamat malam xD

Ropink April 07, 2012  

puitis bgt, jadi pengen nich :)

KangFarhan April 15, 2012  

ckckckck...jago amat nih abang...sangat menggelora kalo berpuisi...hahayyy

duniasharing April 18, 2012  

abang pandai berpuisi nih :D

senantiasa belajar April 20, 2012  

mantap
ijin kopas buat sms

kakrose April 22, 2012  

pantun klasik ni..kalau dihayati..terasa kesyahduannya..

anie April 24, 2012  

suka baca pantun putri

EmpayarUtama Mei 08, 2012  

Baguslah. Ada yang akupun dah lupa hehe

kakrose Mei 21, 2012  

besar sungguh kota melaka..
tempat orang berdagang kain..
kalau suka katakan suka..
tidaklah saya mencari yang lain..

beckhrooy Mei 26, 2012  

ingatkan lirik lagu safura dulu hehe

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger