Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Jual Anak Gadai Tubuh


Entahlah apa nak jadi dengan bangsa kita sekarang. Macam-macam kes yang kita boleh dengar di akhbar atau di kaca tv. Ada yang termengandung, buang anak dan banyak lagi.

Yang heran majoritinya mereka-mereka ini semua beragama islam. Jarang sekali kalau kita nak dengar kes-kes seperti ini dari kalangan kaum lain, terutama kaum Cina atau India. Buktinya seramai 17,303 Anak Luar Nikah Melayu didaftar pada tahun 2009.


Apakah didikan agama sudah tidak memadai untuk melindungi mereka dari godaan syaitan atau mereka terpengaruh oleh arus kemajuan teknologi sekarang.

Sebut saja pasal teknologi terutama internet ini, seri rasa semua dah tahu. Yang baik atau buruk terpulang dari kita yang menentukan.

Ini kes lagi teruk, seorang ibu sanggup jual 4 orang anak kerana kesempitan hidup. Tak cukup dengan itu, demi melayan ketagihan dadah sanggup jual badan untuk mendapatkan modal. Isshh...isshhh...apa nak jadi dengan pompuan ni sorang.


Kan elok jadi macam ibu itik ini, walau anak keliling pinggang masih tetap bersama. Betul-betul ibu sorang ni keterlaluan, dia "turunkan" pulak ilmu cara-cara jual body kepada anak remajanya yang baru berusia 16 tahun. Kalau ilmu akhirat ada juga faedahnya, ini ilmu neraka yang diajarkan. Kes ini terjadi di Chukai. Untuk kesahihan cerita sila rujuk kepada akhbar Metro keluaran 11/10/2011 Edisi Sabah mukasurat 4.


Si Comel yang tengah melantak limau ni pulak agak-agak laku tak kalau seri lelong? He...He....Acah je tu...Ni adik paling bongsu, tapi jahat, jam 4 jam 5 pagi mesti bangun punye menangis dulu.

9 Pandangan:

Unknown Oktober 11, 2011  

Kalau pegangan dah longgar, macam2 mende yg boleh dibuat tak heran la kalau yg halal jadi haram,yg haram jadi halal....makin moden makin teruk jadinya umat Islam...

arituarini Oktober 11, 2011  

ala comelnya adik seri..bukn jahat la..nangis nak susu la tu.. seri malas nak buatkan ek.. :P

stellaizz Oktober 12, 2011  

dunia di akhir zaman ...manusia semakin hina dah kejam.....


comel adk

Amri Abd Rani Oktober 14, 2011  

Zaman ni seme ada..

mak jual anak,
anak jual mak,
bapa jual anak,
anak jual bapa...???

agak2 laku tak mak ngan bapa tu...?

hehe...

Nurul Ashikin Oktober 18, 2011  

jangan bercinta.. berkenan teruskawin.. cara islam memang selamat dan terbaik di dunia...

Cahaya Oktober 20, 2011  

tanda2 dari akhir zaman :D

wandisini Oktober 21, 2011  

salam.
si adik kecik. selalu dan rajin-rajin lah buli seri eh. :)

tkg cc kete Oktober 21, 2011  

dah tak heran lagi zaman sekarang ,dah sering terjadi..

tissot mens watch Mac 03, 2012  

Quattro Passi per una vita di successo: 1, solitaria durata nel tempo; 2, resistere alla tentazione, 3, sanno dare, 4, imparare a scegliere
Hanno detto che la rete era falso, ho riso, come se la realtà è davvero la stessa
tissot watches
Tissot t touch
tissot prc200

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger